Thursday, July 1, 2010

2 JULAI 2010

Kenapa 2 Julai 2010? Hari istimewa ke? Pada juju mmg istimewa kerana hari ini hari yang mulia hari Jumaat. Bukan la hari lain tu tak istimewa, hari lain tetap ada keistimewaannya yang tersendiri tapi kelebihan tetap pada hari Jumaat.

Imam Al-Ghazali berkata bhaawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada itu juga dijadikan Adam a.s dan pada hari Jumaat lah dijadikan hari kiamat.

"Sesungghunya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semuli-mulia hari di sisi Allah s.w.t"

Imam Al-Ghazali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk agama Islam pada zaman Saiyidina ABu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan-haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan
"Selamat, selamat hari yang baik"