“Berpijak lah dibumi yang nyata”. Itulah kata-kata akhir yang dia tinggalkan. Walaupun sudah 5 tahun berlalu tapi bagai semalam baru terjadi dan bagai semalam jugak kata-kata azimat tu di bisikkan di telinga ku.
5 tahun barlalu, tak mampu aku melupakan walau sesaat. Kenapa dia harus pergi saat aku mula berlajar menyayangi seorang insan yang bernama lelaki. Begitu payah untuk aku menerima seorang lelaki dalam hidup aku. KENAPA? Adakah Allah sengaja mahu menguji hambanya yang lemah ini? Adakah Allah menyayangi umat nya lalu diberikan dugaan yang begitu perit? Hurm..
Kenapa dia harus pergi dengan sekelip mata? Belum sempat aku mengenalinya, belum sempat aku mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada dia. Tapi dia telah di jemput Illahi. Satu nama yang tak pernah hilang dalam fikiran ku walaupun sesaat, walaupun sesaat. Aku masih dapat rasai kehangatan kasih sayangnya. Bahagianya aku hanya Allah sahaja yang tahu. Kasih dan sayang darinya begitu tulus dan ikhlas. AHMAD AIDIT SOFIAN BIN AHMAD BADRUL itulah nama indah yang melekat hingga ke hari ini walaupun jasadnya telah tiada namun kasihnya masih terpahat kukuh dalam hati ku.
“woi mak cik berangan ke?” ayu menyergah dari belakang. Terkejut beruk aku dibuatnya, aku rasa berukpun tak terkejut macam aku.
“kau dari mana? Dah lama ke balik?” memang aku tak perasan bila ayu masuk dalam rumah.
Ayu rakan serumah ku sejak 5 tahun yang lalu. Sejak dia pergi tinggalkan aku. Dalam 5 tahun ini, banyak pahit manis yang aku lalui bersama Ayu. Ayu dah macam adik aku. Adik yang sentiasa ambil berat tentang kakaknya namun Ayu tak pernah memaksa aku dalam buat keputusan. Ayu seorang pendengar yang baik dan dalam keadaan tertentu Ayu akan bagi pendapat. Walaupun Ayu keanak-anakkan tapi Ayu seorang yang memahami.
“woi mak cik berangan lagi. Aku cakap sorang-sorang rupanya.” “hampeh punya kawan” ngomel Ayu
“ha...apa kau kata tadi, sorry la”
“aku tanya kau dah makan ke belum” tanya ayu
“nape kau nak belanja ke nak masak untuk aku” soalan ayu aku jawab dengan pertanya. Lagi panjang muncung si ayu tu...hehehe
“kalau tunggu aku masak alamat kebulur la kau, jom keluar makan aku belanja” jawab ayu
“ha...ha...ha...ni yang aku sayang kat kau, kalau hari-hari macam ni kan bagus” aku gelak lagi.
“lawa muka engkau, kalau hari-hari alamatnya kereta aku kena lelong la...”
Seawal jam 5 pagi aku sudah bangun, bukan satu masalah yang besar bagi aku untuk bangun seawal pagi. Sudah terbiasa dengan kehidupan kampung terpaksa bangun awal, kalau tidak boleh dengar suara mak menjerit macam nak roboh rumah dibuatnya. Mak....alang rindu kat mak.
Satu perangai yang tak boleh aku ubah sampai ke hari ini aku suka mandi lama-lama. Nak tak nak aku kena la bangun awal. Malasnya aku nak pergi kerja hari ini. Hari-hari aku buat benda yang sama. Kerja tak pernah habis. Menjawat jawatan sebagai akauntan Syarikat Nobel Enterprise amat memenatkan tapi aku tetap suka dengan kerja aku. Kesibukan kerja aku dapat melupakan aku pada dia.
Pagi ini aku keluar rumah seperti biasa 6.45 pagi. Dalam kelam kabut aku berjalan, barang yang aku pegang terlepas dari tangan. Habis berterabur. Ya Allah, aku beristiqfar banyak-banyak dalam hati. Malang pulak pagi-pagi ini Isnin ni, dah la lambat. Aku mengomel dalam hati.
Ayu pernah marah aku sebab tak mahu bawak kereta. Bukan aku tak nak tapi aku dah fobia. Aku lebih selesa naik kenderaan awam lagipun penat bila memandu sorang-sorang, lebih baik aku naik kenderaan awam. Lagipun kenderaan awam tak macam dulu lagi, perkhidmatan sekarang lagi cepat berbanding dulu.tambah pulak macam- macam ragam manusia aku dapat lihat di pagi-pagi hari. Kekadang semua tu buat aku ketawa sendiri. Lambat lagi aku hari ini.
Bila tiba di pejabat lain pulak ceritanya. Belumpun panas punggung aku cecah kerusi dah kena panggil dengan bos. Ni mesti kes gaduh dengan isteri semalam, aku pulak yang jadi mangsa. Tapi bila dalam bilik bos lain pulak halnya. Rupa-rupanya ada pegawai baru yang akan lapor diri hari ini. Encik Sharil mintak aku uruskan. Berita itu aku sambut dengan syukur. Hampir 4 bulan aku tanggung kerja sebagai pegawai operasi sebab tak ada pengganti selepas En. Hairi ditukarkan ke cawangan baru.
Bila keluar dari bilik bos. Kecoh kak Salmi, Salim dan Anita bercerita tentang pegawai baru tu. ‘Masih bujang, umur 28 tahun dan yang penting good looking’ tu la kata-kata Anita. Tak habis-habis. Apa yang penting sekarang beban aku dah berkurangan. Aku berlalu ke bilik aku.
Dalam sibuk aku menyiapkan kerja, telefon meja aku menjerit.
“Hello....”suara Aini di talian receptionis syarikat yang petah bercakap.
“Ya Aini..kenapa?”
“Kak ada orang baru, Aini tak tau nak bawak jumpa siapa. Dia kata nak lapor diri Bahagian Akaun. Aini terus call kakak”sahut Aini panjang lebar
“ok tak apa Aini nanti akak turun mintak pegawai tersebut tunggu sebentar”
Hampir 20 minit baru aku muncul di kaunter depan. Mesti dia ingat aku sengaja lambat. Kaki aku terpaku ditempat aku berdiri bila aku terpandang wajah pegawai tersebut. Lama aku begitu sehingga di kejutkan oleh suara Aini.
Aini kenalkan aku dengan pegawai baru tersebut.
“Encik Ahmad Aidit Saiful Bin Ahmad Badrul kenalkan ini akauntan syarikat ini Cik Nurul Nur Juliana Binti Zainal Abidin”
“Cik Nurul kenalkan ni Encik Aidit Saiful”panjang lebar Aini menerangkan.
Salam bertaut, mata bertentang, hati aku berdebar-debar. Perasaan yang sama yang telah aku lalui bersama ‘dia’. Kenapa? Lama aku terbuai dengan perasaan ini. Tenang, damai,dan mengasyikkkan. Sesungguhnya aku terlalu merinduinya. Ya Allah apa sebenarnya yang terjadi? Aku di kejutkan bila Encik Aidit Saiful memanggil nama ku. Betapa malunya aku berpelakuan begitu bila pertama kali bertemu.
“Maaf Encik Saiful, you don’t mind if i call you Encik Saiful”
“Ok, or you can call me Aidit”katanya
Sekali lagi aku tergamam dengan kata-katanya. Kenapa semua terjadi secara kebetulan atau......
Persoalan aku hanya bermain dalam pemikiran ku sahaja tak terluah dek kata-kata. Hanya aku sahaja yang tahu apa yang terjadi. Apa yang berlaku akan terlipat kukuh dalam sanubari ku.
Aku membawa Encik Aidit Saiful terus ke bilik Encik Shahril.
Hari ini aku balik lambit sedikit daripada biasa. Banyak pulak kerja yang perlu disiapkan dengan segera. Sikap aku jugak tidak suka tangguhkan kerja. Jam sudah tunjukkan pukul 6 petang.
Mati aku kejar LRT hari ini itu yang terlintas dalam fikiran ku.
Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk. Terkejut aku. Aku istiqfar dalam hati.
“masuk” org yang tak ku duga yang masuk ke bilik ku. Dengan dalam keadaan terkejut dan tidak percaya aku bertanya “Ye Encik Saiful ada apa-apa yang boleh saya bantu”
“Sekarang dah lepas waktu kerja jangan la berencik-encik dengan saya, panggil je saya Aidit”
Aku menjawab hanya dengan mimik muka. Malas aku nak layan mamat ni.
Aidit Saiful menghulur tangan kepada ku. Aku bingung untuk apa dia menghulurkan tangan kepada ku.
“Freinds”jawabnya ringkas
Untuk tidak memalukannya aku menyambut tangan yang dihulur. Untuk kali ke dua hari ini tangan kami bertaut. Tangan aku kemas dalam gengamannya, lama. Tapi ada sesuatu..........
‘senyuman yang sama, lirikan mata yang serupa’ lama aku di buai perasan. Perasaan yang aku rindui.
Siapakah dia sebenarnya? Aku bermonolog sendiri.
Pukul 10 malam aku sampai ke rumah sewa ku. Penatnya badan hanya Allah sahaja yang tahu. Setelah mandi dan solat aku terus baring atas katil. Malam ini payah benar mata ku hendak lelap. Aku asyik terbayangkan wajah arwah. Kenapa terlalu cepat kau pergi, belum sempat aku merasai sepenuhnya kasih mu. Kenapa? Kenapa? kenapa sayang......dan tidak semena air mata ku mengalir lagi untuk sekian kalinya. Aku amat menderita hidup sendirian, hidup yang ditemani kesepian setelah kau pergi membawa kegembiraan ku. Kenapa kau begitu kejam? Kejam kerana kau tinggalkan aku sendirian meneruskan hidup.
Aku tersedar dari terus di bawa perasaan. Aku redha dengan qada dan qadar dari Allah. Aku hanya manusia biasa kekadang terleka dengan pujukan syaitan. Ya Allah ampunkan hambamu dan tabahkanlah hatiku untuk meneruskan hidup diatas muka bumi Mu.
Tiba-tiba fikiran ku terlintas pada pegawai baru Aidit Saiful. Kenapa terlalu banyak persamaan pada dia dengan abang Aidit. Adakah ini kebetulan atau takdir sedang mempermainkan aku. Satu persoalan yang tertinggal dalam fikiran aku sebelum aku terlena.

No comments:
Post a Comment